TIPS MEMILIH KRIM ANTI JERAWAT UNTUK KECUTKAN JERAWAT DENGAN LEBIH CEPAT:
.
.
Disclaimer: tips ini bertujuan untuk educate mereka yang mengalami masalah jerawat. Produk yang dipaparkan bukan untuk tujuan promosi tapi hanyalah sebagai guidelines.
.
.
Ok, jika ada yang mengalami masalah jerawat, memicit jerawat tersebut untuk tujuan mempercepatkan proses jerawat kecut bukan masalah yang terbaik; sebaiknya sapu krim jerawat agar bahagian bermasalah dapat diatasi dengan segera tanpa merebak.
.
.
Setiap krim anti-jerawat mempunyai fungsi yang berbeza, k. Sometimes, uolls might be wondering kenapa Dr Naz ni suka sangat prescribe sampai 2-3 krim untuk disapu. Perlukah semua ini?
.
.
Ya … perlu. Dan perlu jugak utk uolls ketahui setiap fungsi krim anti-jerawat tersebut kerana kombinasi krim anti-jerawat kadang2 membantu menyelesaikan masalah jerawat tanpa perlu ubat makan dan sebagainya. AND as uoll know, jerawat terjadi kerana pelbagai faktor termasuk penghasilan sebum atau minyak dibawah kulit yang banyak dan juga jangkitan kuman P.acne.
.
.
JOM REVIEW SATU PER SATU:
.
.
1. CLINDAMYCIN GEL/LOTION:
Clindamycin adalah sejenis antibiotik dihasilkan dari "semisynthetic lincosamide" yang berfungsi sebagai "bakteriostatik" iaitu berkesan membunuh kuman penyebab jerawat "Proponibacterium Acnes" @ P.acnes. Penggunaan krim/lotion ini juga boleh mengurangkan kadar "free fatty acid" dibawah permukaan kulit. Namun, penggunaan krim/lotion ini perlulah dengan arahan doktor kerana penggunaan yang lama dan lebih dari 3 bulan boleh menyebabkan "bacterial resistance". Dr akan prescribe untuk mereka yang mempunyai jerawat bernanah dan positive "high porphyrin ratio" semasa face analysis dilakukan.
.
.
2. Benzoyl peroxide (5%/10%)
Mempunyai "antibacterial action" .Ia berfungsi mengurangi bakteria penyebab jerawat. Terdapat 2 konsentrasi tapi bagi dr 5% is strong enough to treat what is needed, melainkan "cystic acne" yang memerlukan konsentrasi yang lebih tinggi iaitu 10%. Perlu diingatkan yang BP bersifat "bleaching". Dr tak sarankan penggunaan ubat ini disekitar mata, hidung, bibir dan kulit luka kerana boleh menyebabkan iritasi. Jika iritasi seperti rasa pedih, merah, bengkak berlaku, segera berjumpa dengan dr untuk konsultasi lanjut. BP is best combined dgn krim anti jerawat yang lain terutamanya mereka yang mengalami masalah kulit terlalu berminyak dan jerawat bernanah.
.
.
3. Adapalene (Differin/Deriva, etc):
Adapalene adalah generasi kedua krim Tretinoin dengan formula yang lebih lembut dan kurang iritasi berbanding dengan generasi sebelumnya. ia terdapat dalam bentuk gel (water-based) dan juga krim. Fungsi utama krim ini adalah sebagai "sebum-regulator" iaitu mengawal kandungan minyak dibawah kulit dengan cara menghapuskan liang roma kulit yang tersumbat untuk membolehkan liang roma kulit baru yang lebih sihat dihasilkan. Justeru, krim ini dapat juga mengawal penghasilan blackhead and whitehead dan mengurangkan risiko parut hitam selepas jerawat sembuh.
Namun, krim ini tidak sesuai digunakan oleh ibu mengandung, breastfeeding mother dan kanak2 kerana kandungan retinoid yang tinggi. So for those who s suffering with cystic acne, this cream will benefit you. Namun perlu dapatkan konsultasi doktor untuk detail explaination tentang cara penggunaannya ya.
.
.
4. Azaleic acid:
Azelaic Acid adalah acid semulajadi dari barley dan biji gandum. Memiliki sifat anti-bakteria, anti-keradangan, serta sifat dan khasiat lainnya membuat Azelaic Acid digunakan sebagai kandungan utama dalam produk perawatan kulit untuk atasi jerawat. Selain itu, Azelaic Acid berfungsi sebagai gentle leave-on exfoliant atau eksfoliator lembut yang akan membantu membersihkan pori-pori yang tersumbat dan mengangkat lapisan teratas kulit agar permukaan kulit kembali halus. Kandungan ini juga disebut-sebut mampu mengurangi faktor masalah kulit yang menyebabkan kemerahan serta memiliki manfaat anti-oksida
.
.
5. Rozex gel:
Mengandungi antimicrobial agen iaitu Metronidazole yang sesuai digunakan untuk mereka yang mengalami masalah rosacea iaitu kulit kemerahan, sangat sensitif dan berjerawat. Krim ini mampu mengawal kemerahan, keradangan dan seterusnya jerawat diwajah.
.
.
