JANGAN TERPEDAYA DENGAN NAMA PRODUK DAN DESKRIPSI YANG MENARIK, BACA KANDUNGAN LABEL TERLEBIH DAHULU:
.
.
Pengguna sering tertarik dengan nama produk dan deskripsi dihadapan label produk tersebut tanpa mengetahui dengan lebih mendalam isi kandungan produk kosmetik anda.
.
.
Penting untuk mengetahui kandungan bahan dalam produk terutama mereka yang mengalami kulit sensitif kerana ada produk mempunyai kandungan yg boleh menyebabkan iritasi.
.
.
Sesetengah produk mengetengahkan kandungan yang menarik tetapi sebenarnya hanya 1-3% kandungan tersebut terdapat dalam produk berkenaan. Sesetengah nya pulak mengetengahkan kandungan “organik” atau “natural” walaupun bahan organik tidakpun terdapat dalam produk yg dijual.
.
.
Now let s have a look at the list:
.
.
APAKAH “INCI LIST” atau “SENARAI BAHAN DALAM PRODUK”:
.
.
Selain dari nama produk dan kriteria asas, label kosmetik produk anda perlu mempunyai INCI LIST atau “International nomenclature of cosmetic ingredients”. Ia adalah sistem nama yang ditetapkan diperingkat amtarabangsa sebagai nama saintifik bahan2 dalam produk tersebut. Senarai bahan ini mungkin mengelirukan but it s ok, ambil masa sedikit untuk mendalami dan memahaminya.
.
.
Manakala bahan daripada tumbuhan pula akan disenaraikan sebagai nama Latin (2 patah perkataan). Sebagai contoh: rosmarinus officinalis (rosemary) oil – rosemary essential oil; helianthus annuus – sunflower seed oil
.
.
Sesetengah bahan pula berbunyi seperti bahan kimia apabila dibaca tetapi terdapat banyak bahan yang diambil secara semulajadi, mempunyai kebaikan dan selamat digunakan. Sebagai contoh:
.
* Tocopherol: vitamin E
* Xanthan gum: gam semulajadi yang menjadikan produk lebih pekat.
* Cetyl alcohol and cetearyl alcohol: fatty alcohol yang mempunyai kebaikan untuk melembapkan kulit. Ianya tidak akan mengeringkan kulit seperti ethanol (pure alcohol)
* Citric acid: bacaan “acid” bunyi seperti menggerunkan tetapi acid ini adalah selamat kerana ia menstabilkan pH dalam produk dan mengelakkan kontaminasi produk dari bakteria.
* Sorbitan olivate: sejenis bahan penstabil atau emulsifier semulajadi yang dihasilkan dari minyak zaitun.
* Potassium sorbate: bahan pengawet dari acid sorbic semulajadi yang juga digunakan sebagai pengawet makananan.
.
.
Setiap bahan pula disenaraikan mengikut peratus kandungan bahan tersebut. Sebagai contoh: Jika “Aqua” adalah bahan pertama disenaraikan, ianya bermaksud 70-80% kandungan bahan produk tersebut berasaskan air. Begitulah seterusnya – sehingga 1% turutan.
.
.
Jom kita tengok senarai bahan2 lain yang sangat2 familiar dlm produk kosmetik.
.
.
+Aqua – air
+Caprylic/capric Triglyceride – ekstrak minyak
kelapa
+Centella Asiatica Flower/leaf/stem Extract – daun pegaga
+Glycerin – humectant (bahan semulajadi dari glycerol) Humectant (humektan) merupakan bahan utama dalam lotion dan cleanser yang berfungsi melembabkan kulit dengan menarik air seperti magnet, sehingga mengunci kelembapan.
+Cetearyl Alcohol – penstabil produk
+Sodium Stearoyl Lactylate – penstabil produk semulajadi
+Persea Gratissima (Avocado) Oil – minyak avokado
+Sucrose Stearate – penstabil produk dari gula tebu
+Stellaria Media (Chickweed) Extract – ekstrak daun Chickweed yang membantu menyembuhkan kulit luka.
+Rosehip Seed Oil – pelembap
+Althea Officinalis (Marshmallow) Extract – ekstrak tumbuhan Marshmallow
+Aloe Barbadensis Leaf Juice Powder (Aloe Vera) – aloe vera
+Benzyl Alcohol – preservative (suitable for natural cosmetics)
+Dehydroacetic Acid – bahan pengawet semulajadi
+Potassium Sorbate – bahan pengawet semulajadi
+Sodium Benzoate – bahan pengawet semulajadi
+Perfume – pewangi
+Linalool – pewangi. Mempunyai kandungan allergi yg tinggi
+Hexyl Cinnamal –pewangi. Mempunyai kandungan allergi yg tinggi
+SLS: sodium lauryl sulfate. Bahan pembuih. Boleh menyebabkan iritasi jika dibiarkan diatas kulit dalam jangka masa yang agak lama
+ SLES: sodium laureth sulfate. Juga bahan pembuih. Ianya sangat berbeza dari SLS kerana tidak menyebabkan iritasi malah meninggalkan kesan kelembapan kulit dan kulit terasa lebih lembut. So jangan confuse ya dgn SLS.
.
.
Semoga bermanfaat ❤️