LEPAS KAHWIN JE MESTI GEMUK … MANA SILAPNYA? . . Percaya atau tidak, kebany

LEPAS KAHWIN JE MESTI GEMUK … MANA SILAPNYA?
.
.
Percaya atau tidak, kebanyakan wanita yang sudah bergelar isteri akan mengalami masalah ini. Lelaki pun sama hokey … especially bila nampak perut semakin “maju” ke depan. 😂 Bila dah mula kena tegur dengan kawan-kawan, adik beradik malah mak ayah, mulalah nak gelabah. Macam macam teknik diet diamalkan. Kadang tu sampai sanggup tak makan nasi dekat dua minggu. Tapi yang stressnya badan tetap begitu. Paling seram makin naik.
.
.
Kenapa jadi begitu ya doc?
.
.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti North Carolina, wanita yang sudah berkahwin akan mengalami kenaikan berat badan sebanyak 4-8kg selepas dua tahun pernikahannya. Kebanyakan dari mereka mengaku sudah jarang bersenam sejak berkahwin disebabkan oleh priority yang berubah setelah berkahwin. Atau adakah ia hanya sekadar alasan? Jom baca ni …
.
.
1. Diet yang salah
Biasanya sebelum berkahwin kebanyakan wanita melakukan “strict diet” dan “clean diet”. Namun kebanyakan mereka melupakan diet ini setelah bernikah.
.
.
2.Priority berubah dan tiada “me time”
Jika sebelum berkahwin wanita akan fokus kepada penjagaan diri, tapi apabila sudah berkahwin priority wanita akan berubah kepada lebih mengurus hal suami dan anak sehingga lupa untuk menjaga berat badan dan juga kurang bersenam.
.
.
3.Kehamilan
Kehamilan mungkin jadi penyebab utama kenapa wanita gemuk setelah berkahwin. Biasanya ketika setelah melahirkan anak lebih sukar untuk menurunkan berat badan. Tentu kerana mengurus anak menjadi lebih penting jika dibandingkan dengan mengurus diri sendiri.
.
.
4.Perubahan hormon yg ketara
Terdapat enam hormon yang mempengaruhi berat badan wanita iaitu hormon testosterone, kortisol, insulin, progesterone, thyroid, dan estrogen. Hormon ini sangat berhubung kait dengan kitar haid dan kehamilan. Faktor usia juga mempengaruhi kadar metabolisma badan terutamanya wanita. Ada sesetangah wanita yang melewati usianya, kadar estrogen di dalam badannya semakin tinggi, yang menyebabkan lemak lebih mudah disimpan dengan kehadiran estrogen ini. Selain itu, kadar metabolisma yang rendah berbanding lelaki menyebabkan badan wanita akan cepat gemuk.
.
Perubahan hormon wanita yang menyediakan dirinya untuk mengandung, menyusukan anak dan perkembangan pembesaran badan wanita memerlukan lebihan lemak di beberapa bahagian tertentu. Disebabkan badan wanita mempunyai lebihan lemak, tenaga banyak disimpan di dalam badan kerana hanya 1 kalori digunakan setiap jam untuk satu sel lemak ini jika dibandingkan dengan kehadiran banyak otot, ia akan menggunakan sebanyak 6 kalori setiap sejam bagi setiap satu sel otot.
.
.
5.Pengaruh pasangan
Selepas berkahwin antara perkara yang paling sweet adalah makan sama-sama. Makan bersama tu tak salah malah lebih bagus mengeratkan hubungan keluarga. Masalahnya sebelum suami balik rumah awak dah makan nasi 2 pinggan. Lepas suami balik awak makan lagi 2 pinggan. Haaa .. lagi satu; makan makanan lebihan anak.Ini adalah satu lagi cabaran untuk seorang yang sudah berkeluarga.Sebab kebanyakan makanan anak tak habis so terpaksalah si ibu atau ayah habiskan pemakanan mereka. Betul tak? 😂
.
.

Shopping Cart