DOC, KENAPA BADAN SAYA MASIH BERBAU WALAUPUN SUDAH MANDI 3 KALI SEHARI? . . B

DOC, KENAPA BADAN SAYA MASIH BERBAU WALAUPUN SUDAH MANDI 3 KALI SEHARI?
.
.
Bromhidrosis atau bau badan disebabkan oleh peningkatan kadar hormon androgen ketika sudah akil baligh.
.
Bau badan timbul ketika bakteria yang berada di tubuh bercampur dengan peluh yang pada asalnya tidak mempunyai bau. Bakteria ini mampu memecahkan keratin peluh di permukaan kulit kepada sejenis acid yang memberikan bau yang kurang menyenangkan
.
.
Siapa yang Berisiko Mengidap Bau Badan?
.
Bau badan terjadi pada siapa pun yang sudah memasuki waktu remaha. Beberapa golongan berikut lebih berisiko mengalami bau badan:
.
.
1. Mereka yang mengalami peluh berlebihan atau kurang menjaga kebersihan sehingga pada kulitnya terdapat banyak bakteria.Lelaki berisiko berbau badan kerana lelaki lebih banyak peluh berbanding wanita.
2. Mereka yang suka makan makanan tertentu atau pedas, yang menimbulkan aroma seperti kari atau bawang.
3. Mereka yang menghidap penyakit tertentu seperti diabetes dan kegagalan buah pinggang.
4. Mereka dengan berat badan berlebihan atau obesiti.
5. Mereka yang sedang mengambil ubat tertentu seperti antidepresan.
.
.
TIPS MENGATASI BAU BADAN:
1. Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari, iaitu pagi dan petang untuk mengurangkan pembiakan bakteria pada tubuh. Beri perhatian khusus kepada lipatan kulit seperti di bawah lengan/ketiak.
2. Setelah mandi, oleskan deodorant atau antiperspirant pada ketiak. Keduanya dapat dibeli dipasaran. Antiperspirant mengandungi bahan berasaskan aluminium yang dapat menghalang penghasilan peluh yang banyak. Sementara deodorant tidak mencegah peluh, melainkan hanya menghalang bau yang timbul akibat bakteria dengan kandungan parfumnya. Selain setelah mandi, ada baiknya mengoleskan antiperspirant di malam hari sebelum tidur juga untuk mendapatkan hasil optimum.
3. Sentiasa ganti pakaian dan sarung kaki Anda setelah digunakan.
4. Kenakan pakaian yang tepat untuk aktiviti berbeza. Gunakan pakaian dengan bahan yang menyerap peluh seperti kapas jika Anda banyak beraktiviti di luar.
5. Mencukur bulu ketiak secara teratur dapat mengurangi risiko bau badan dan keringat berlebihan.
6. Makan makanan pedas dapat membuat Anda berpeluh berlebihan. Sementara makanan yang mengandungi lemak dan berminyak, serta berbau menyengat seperti bawang putih dan bawang merah, dapat menyebabkan bau badan.
.
.
RAWATAN PERUBATAN DAN ESTETIK UNTUK MASALAH PELUH/BAU BADAN:
.
Keadaaan dimana seseorang menghasilkan peluh berlebihan dikenali dengan hiperhidrosis. Masalah ini secara automatik juga menyebabkan bau badan. Jika antiperspirant dan langkah-langkah di atas tidak cukup, dua rawatan berikut boleh dilakukan untuk menangani masalah hiperhidrosis:
.
.
1. Laser hair removal: rawatan laser hair removal terutamanya dibahagian ketiak dapat mengurangkan bulu yang memerangkap peluh seterusnya mengurangkan proses pemecahan protein dari peluh oleh bakteria. Disarankan 6-8kali rawatan untuk kesan optimum.
2. Botulinum toxin: dapat disuntikkan ke bahagian tertentu tubuh yang banyak mengeluarkan peluh seperti telapak tangan, ketiak, kaki, atau wajah. Prosedur ini memakan waktu sekitar 40 minit dan dapat bertahan hingga 8-12 bulan. Pastikan proses pengerjaannya dilakukan oleh seorang pakar kulit/perubatan.
3. Pembedahan: rawatan endoscopic thoracic sympathectomy (ETS) dilakukan untuk melumpuhkan saraf yang mengawal penghasilan peluh.

Shopping Cart